Pada zaman dahulu..selalunya tiada hantaran sewaktu merisik cukuplah cincin sebentuk dan sirih pinang tanda menyampaikan hasrat untuk menyunting si gadis..selalunya hanya Ibu bapa atau wakil sahaja yang akan pergi merisik dahulu atau bahasa lainnya bertanya bagi mengelakkan malu kepada keluarga lelaki kalau terus masuk meminang tapi ditolak..selalunya merisik diadakan tertutup dan terhad kepada ahli keluarga sebelum rombongan meminang dihantar.seandainya semua berjalan lancar ketika merisik,barulah rombongan meminang dihantar...Kini,kebanyakan diantara kita bercinta sebelum berani ingin bersama dengan seseorang melayari kehidupan alam berumahtangga..jadi tidak perlu terlalu formal kerana sudah mengenali hati budi masing-masing..maka fungsi merisik ini adalah bagi memenuhi adat kita orang timur dan menyampaikn hasrat hati si teruna kepada keluarga si gadis..Maka tidak hairanlah ada di kalangan kita yang merisik dengan menghantar cincin dan beberapa dulang sebagai pengiring.
Kami telah ditempah oleh seseorang yang kami panggil "Aunty Halimah"untuk meyiapkan hantaran merisik khas untuk anak buah beliau yang sangat beliau kasihi.She is really nice and sporting..Thank you Auntie..
Kami berdua berbincang dan mencadangkan kepada beliau untuk menggunakan rona unggu diraja"Royal purple" bagi hantaran-hantarn tersebut..hasilnya memang nampak mewah..
sebentuk cincin risik...
sepasang persalinan bagi majlis bertunang...
warna-warna seperti ini sesuai dijadikan warna tema kepada mereka yang gemarkan unsur mewah dalam hantaran mereka...sedikit daisy dan rose pink menyerlahkan unsur feminin dan meredakan ton warna unggu gelap yang digunakan sebagai warna asas hantaran..
|
bekas kek.. |
|
|
|
|
handphone.... |
Kek tiada di dalam gambar kerana kek tersebut berada di rumah auntie..hihih
lawa2 bentuk manik yg d'jhit .. kena blajar ni .. [jelez] ^-^
ReplyDelete