Tuesday, April 19, 2011

Hantaran pernikahan Noorfarahana Roselan dan Isa Bachik

Sekali lagi kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Fara dan Isa memilih kami dalam menyediakan hantaran mereka.Kali ini adalah hantaran bagi majlis pernikahan.semua warna yang digunakan dalam perkahwinan mereka menggunakan warna-warna pastel yang lembut..menyerlahkan sikap Fara yang selalu tenang dan ceria...Bagi Fara dia menggemari warna-warna pastel  kerana ianya menunjukkan keharmonian sesuatu majlis..so kepada sesiapa yang ingin memilih warna tema untuk hantaran anda,ini adalah salah satu tips yang berguna bagi anda..seandainya ada seseorang yang menggemari sesuatu yang 'simple but nice'.. warna-warna pastel dari palet warna yang anda inginkan haruslah menjadi rujukan..

Kami menggunakan warna-warna seperti unggu cair,unggu pekat dan sedikit pink warna yang hampir senada untuk hantaran dari pihak Isa kepada Fara..Bunga-bungaan yang digunakan pula terdiri daripada ros,estoma,orkid dan green leaf tea..


Tema :unggu cair dan unggu pekat..

bergambar bersama hantaran..



Al-Quran dan sepasang telekung

kek...

coklat...

Mas kahwin dan seutas gelang

                                                              Minyak wangi dan Make up..


seutas jam tangan
kasut dan beg tangan..

Fara memilih warna merah dan putih untuk dihadiahkan kepada Isa.Ianya untuk menimbulkan kontra warna diantara gubahan hantaran mereka kerana gubahan untuk Fara menggunakan warna paste maka dengan menggunakan warna merah,hantran merah putih menghidupkan suasana romantis yang mereka inginkan..

Tema:Merah dan Putih..

Al-Quran dan sepasang sejadah..


Sireh junjung


beg dan tali pinggang..





sebentuk cincin..



seutas jam tangan..



buah-buahn...






kek..






sepasang baju kerja..



kasut..

Merisik....

Pada zaman dahulu..selalunya tiada hantaran sewaktu merisik cukuplah cincin sebentuk dan sirih pinang tanda menyampaikan hasrat untuk menyunting si gadis..selalunya hanya Ibu bapa atau wakil sahaja yang akan pergi merisik dahulu atau bahasa lainnya bertanya bagi mengelakkan malu kepada keluarga lelaki kalau terus masuk meminang tapi ditolak..selalunya merisik diadakan tertutup dan terhad kepada ahli keluarga sebelum rombongan meminang dihantar.seandainya semua berjalan lancar ketika merisik,barulah rombongan meminang dihantar...Kini,kebanyakan diantara kita bercinta sebelum berani ingin bersama dengan seseorang melayari kehidupan alam berumahtangga..jadi tidak perlu terlalu formal kerana sudah mengenali hati budi masing-masing..maka fungsi merisik ini adalah bagi memenuhi adat kita orang timur dan  menyampaikn hasrat hati si teruna kepada keluarga si gadis..Maka tidak hairanlah ada di kalangan kita yang merisik dengan menghantar cincin dan beberapa dulang sebagai pengiring.

Kami telah ditempah oleh seseorang yang kami panggil "Aunty Halimah"untuk meyiapkan hantaran merisik khas untuk anak buah beliau yang sangat beliau kasihi.She is really nice and sporting..Thank you Auntie..


Kami berdua berbincang dan mencadangkan kepada beliau untuk menggunakan rona unggu diraja"Royal purple" bagi hantaran-hantarn tersebut..hasilnya memang  nampak mewah..


 sebentuk cincin risik...



sepasang persalinan bagi majlis bertunang...
warna-warna seperti ini sesuai dijadikan warna tema kepada mereka yang gemarkan unsur mewah dalam hantaran mereka...sedikit daisy dan rose pink  menyerlahkan unsur feminin dan meredakan ton warna unggu gelap yang digunakan sebagai warna asas hantaran..

bekas kek..


handphone....


Kek tiada di dalam gambar kerana kek tersebut berada di rumah auntie..hihih







Monday, April 18, 2011

Pertunangan Noor Farhana Roselan dan Isa Bachik..

Tema: Orange and pink...

Fara memilih bunga ros,estoma dan orkid segar bagi hantaran pertunangan beliau..





skima warna orange..


cek
Pasangan ini adalah pelanggan kami yang pertama..kira lucky charm kami ..Fara memilih warna pink dan orange sebagai warna tema hantaran dari Isa kepadanya..gabungan warna-warna lembut menjadikan suasana pertunangan nampak romantis..

pink,orange dan sedikit kemasan berwarna emas..
                  sepasang persalinan nikah.   
bekas cincin
Hiasan bunga diminimumkan supaya tumpuan dan fokus utama adalah pada cincin yang seharusnya menjadi item penting di dalam majlis pertunangan...










pemanis mulut


Forerro Rocher nampak mewah seandainya diletakkan di dalam bekas kaca yang jernih..           















buah-buahan
Tidak lengkap sesuatu majlis itu tanpa buah tangan dari kedua-dua belah pihak..

















tuala..



Tema :Hijau dan putih

Fara memilih warna putih dan hijau untuk dihadiahkan kepada Isa.. diserikan sedikit dengan unsur-unsur berwarna orange..khas untuk pihak lelaki pilihan bunga orkid dan ros putih..

kek..




sireh junjung
 






Tuala
coklat...
sepasang persalinan pernikahan


Agar-agar

buah...

Hantaran..

Pemilihan warna bagi hantaran memainkan peranan yang penting  bagi menceriakan sesuatu majlis..dahulu hantaran hanyalah hadiah sampingan sebagai pengiring bagi mencerminkan sesuatu hajat..contohnya seperti di dalam majlis pertunangan atau pernikahan..seiring dengan perkembangan zaman..hantaran juga melalui perubahan..pemilihan riben,bunga semua haruslah sepadan dengan warna tema..dan apa yang ingin diketengahkan oleh kedua-dua mempelai..

Sesetengah dari kita memilih warna terang dan ada yang menggunakan warna-warna pastel dalam mengetengahkan idea dan kreativiti masing-masing..di dalam menggubah hantaran yang ditempah kepada kami,kami amat menitik beratkan apa yang diingini oleh pelanggan..tak kira dari segi kewangan atau pun kreativiti...di sini kami ingin menyarankan kepada bakal pengantin agar tidak terlalu berjimat kerana InsyaAllah kita akan berkahwin sekali seumur hidup so apalah salah nya memperuntukkan sedikit wang untuk hantaran anda bagi menjadi kenangan manis untuk anda dan pasangan pada suatu hari nanti...moto kami,Kami memberi yang terbaik bagi setiap ringgit yang dikeluarkan oleh anda dan mengikut kemampuan pengantin..

kerap kali kami ditanya dengan pertanyaan mengapa tempahan hantaran yang cantik agak mahal..sebenarnya,menempah atau membuat sendiri hantaran terpulang kepada individu..bagi yang pernah menjadi pengantin,dan membuat sendiri hantaran..tentu mereka tahu berapa nilai sebenarnya yang telah mereka keluarkan lebih-lebih lagi untuk bekas,bakul atau polisterin disamping bunga-bungaan tak kira plastik atau bunga segar...harganya agak mahal dan bekas-bekas tersebut akan tersimpan tidak digunakan lagi..kami menerima tempahan yang sewajarnya di dalam membuat hantaran yang ditempah..bermula dari RM 25 ke atas...
Contoh diantara skima warna yang menarik dan sesuai digubah..

Wednesday, April 13, 2011

Hello....

Bismillahirrahmanirrahim...akhirnya tercapai juga hasrat saya dan kakak kesayangan sy,azizah dalam merealisasikan impian kami untuk mempunyai satu blog yang akan mengumpulkan rekaan hantaran,veil dan jahitan manik yang telah kami rekakan dan tempahan dari orang ramai..'Post' pertama kami ini akan memperkenalkan nama dan jenama kami...

"something between and pink"...

sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian:013-2498175-Nurfarawazida Abdul Azizis...e-mail: farawazida@ymail.com