Tuesday, June 7, 2011

sesuci mutiara

salam semua...kali ni kami nak upload gambar baju pengantin yang diminta oleh seorang pengantin baru yang sangat meminati sulaman manik mutiara.Pengantin telah meminta agar bajunya dibuat dr kain chiffon dan dihiasi sarat dengan mutiara.pada awalnya kami merasakan pasti amat sukar untuk menyiapkan pakaian tersebut tetapi setelah siap hasilnya sangat cantik dan sweet..hihih

berikut adalah gambar pakaian pengantin tersebut bersama veil...



bahagian hadapan penuh

bahagian hadapan atas
bahagian hadapan bawah
veil

Monday, June 6, 2011

manik,manik,manik...

bunga larat...


Salam semua.....hari ni kita bercakap tentang manik..ramai yang tak tahu sebenarnya jahitan manik amat rumit dan memerlukan ketelitian dan ketekunan...kekadang ianya juga boleh menyebabkan si penyulam hilang sabar..lebih-lebih lagi kalau benangnya tersimpul..alahai..rasa nak menangispun ada...bunga larat di atas dijahit oleh saya selama seminggu...jari jemari rasa nak tercabut..lebih2 lagi bunga tu penuh ngan manik...sebelum dijahit manik..jubah ini disulam dahulu dan dijahit manik penuh diatasnya....panjang bunga larat ni kira dalam satu meter ada kut huhuhhuh

bunga
gambar penuh



Jahitan manik di bawah dijahit dengan penuh penelitian oleh kakak saya..setiap corak,lekuk dan setiap bunga..

 
leher
bunga

veil and dress......

hai...dan salam semua..lama rasanya saya dan  kakak tak upload gambar job yang kami dah buat hahahahah..so kesempatan yang ada ni buat kami nak uploadlah gambar job yang ada itupun sesetengah tak dapat nak upload sebab tak sempat amik gambar..semalam waktu keluar gi beli manik adalah seorang adik ni bertanya kalau-kalau kami ada amik tempahan untuk orang kawin..ada dik..tempahan untuk jahit manik bagi dress n veil..harganya pula..bergantung kepada kesaratan manik yang diingini..kalau simple duitnya..simplelah manik nya..ahaks.secara jujurnya kami hanya mengambil tempahan jahitan manik sahaja dan bajunya dijahit oleh kakak ipar kami dari Achoy's Boutique.

Kami juga ada mengambil tempahan manik untuk baju lain jugak..tak semestinya baju pengantin...
so ini adalah diantara gambar yang ada...sudi-sudikanlah cuci mata anda...kalau ada yang berkenan boleh  buat tempahan ok?kami akan update lagi pada masa akan datang..


Baju pengantin ini dijahit oleh kakak ipar kami nurhaslina dan jahitan manik dijahit oleh kami...:)

 
dress  
bahagian dada

pergelangan tangan



bahagian lengan

veil

hujung veil